Sunday, October 12, 2008

Monday BlueS

huh sekarang dah tepat jam 12.38 am.. hari ini adalah hari permulaan yang baru bagi aku setelah kembali ke kolej daripada cuti hari raya tempoh hari.. sesungguhnya hati aku masih lagi dekat pada keluarga dan juga rakan-rakan aku kat sana. tapi dah sememangnya setiap pertemuan itu ada perpisahannya..inilah yang aku alami sekarang.. aku terpaksa berpisah dari mereka demi masa depan aku yang telah ditetapkan dan di atur dengan rapi..
untuk pengetahuan aku baru sahaja selesai mengemaskinikan pakaian-pakaian aku yang ku bawa dari labuan ke dalam almari pakaian.... aku sering bersin kerana bilik aku telah di penuhi dengan habuk.aku dah malas untuk berkemas dengan lebih lanjut kerana badan aku teramat letih sekali dan seharusnya di beri rawatan urut seperti yang aku lakukan semasa cuti yang lalu..tapi apa bleh buat aku dah berada di kawasan taklukan tentera laut dan aku tidak lagi boleh mengunjungi tempat sebegitu lagi kerana semestinya akan mendatangkan padah kepada aku kelak..rupanya banyak jugak sampah sarap yang aku tinggalkan sewaktu pemergian aku dahulu..arghh ini x boleh jadi aku kena kemaskan bilik aku jugak dan tidak boleh di tangguh2kan lagi..hampir dua jam aku berkemas sehingga bilik aku mencapai tahap ataupun standard hotel bertaraf 5 bintang takpun yang paling "cokia" macam bilik hotel indah..hehehe
aku masih lagi tak mengantuk sedangkan member bilik aku dah pun terlelap keletihan..kesian dia tidur berdengkur macam katak..hahahahaa.. lagi pun esok pagi kelas revision jer untuk exam paper nav war yang akan tiba tidak lama lagi..mungkin aku boleh mengambil kesempatan untuk tidur kat kelas esok pagi..instructor pun bukan amik kisah sangat janji dorang masuk kelas tapi kesemua seperti itu..nanti jawabnya aku belaja bodoh je la kat kolej ni...aku adalah diantara manusia yang agak slow untuk menerima sesuatu pelajaran baru..so aku tidak boleh berdiam saja. nak taknak aku kena study jgak dan xnak jatuhkan airmata keluarga aku yang begitu mengharapkan sangat kat aku ini..
habis saja kelas nanti, aktiviti petang plak.. aku diwajibkan untuk keluar beriadah sebab itu adalah rutin harian aku di kolej ini..dan malam plak aku kena bersilat.. aduh malasnya aku nak silat2 ni..bukan nya pun aku dapat hidayat..dah banyak kali mandi limau pun x guna sebab perangai aku masih lagi durjana...heheheh
dan habis lepas tu aku pun tidolah untuk tunggu hari selasa plak...hehehehe oklah member aku datang masuk bilik menganggu feel aku nak menaip jer.. ok lah askum

No comments: