Tuesday, October 14, 2008

B M I aku lebih... aktiviti harian macam biasa


shit!! agak kasar permulaan aku untuk hari ini.. aku baru sahaja di maklumkan oleh PTI ( physical training instructor) bahawa pada petang ini ada pra ujian cergas..aku amat resah sekali sekiranya aku sekali lagi mendapat huruf C untuk ujian kali ini.. oH kenapa diorang tak bagitahu aku awal2 sebelum masa cuti hari itu..kalau tak boleh la aku control permakanan semasa raya tempoh hari.. kini lemang,ketupat dan segalanya berada di dalam perut aku..dan berat bagi kesemua makanan itu menampung tubuh badan aku sekarang.. tidak heran lah kawan2 aku kat sini kerana kata aku semakin gemuk.. memang benar berat badan aku dah semakin naik dan buktinya seluar uniform aku semakin ketat di bahagian peha.. dan menbuatkan aku kurang selesa ketika menggayakannya... aku dah la kena dengan KFA warning, tak pernah dalam sejarah navy aku kena tindakan begitu daripada ketua fakulti asas aku..tapi sekurangnya aku tidak kena daripada CO dan masuk dalam rekod.. kalau tak gelap masa depan aku angkara UC..





ok untuk hari ini tidak ada apa yang menarik berlaku dalam kehidupan aku, cuma sazzy sakit tekak saja. dia tu degil aku dah berkali-kali suruh makan ubat tapi tak nak jugak.. nasib baiklah aku ada kat sini dan dia kat sana, nak aja aku paksa dia makan ubat depan aku.. untuk aku pulak, aku sihat seperti biasa cuma aku risau dengan uC petang nanti..kawan aku pulak yang lain tengah sibuk buat lesen bawa segala benda yang boleh terapung, group aku yang akan datang plak..so kitorang just berkeliaran di sekitar base sambil makan angin ataupun curi-curi keluar ke kedai runcit dekat blok A3.





so far sejak balik dari cuti raya, tidak ada masalah lagi setakat ini.. aku dah dapat meng TUNE kan semula kehidupan aku. daripada bangun jam 12 tengah hari ke pada jam 6 pagi meskipun aku tidur pada awal 2 atau 3 pagi... tidak ada sebarang kecurian yang berlaku keatas bilik aku cuma "hanger" baju aku semakin berkurangan..tapi aku x kisah sangat..tu la akibatnya kalau kita curi barang orang, orang akan curi semula barang kita.. pengajarannya janganlah nak mencuri lagi..orang x nampak tidak apa tapi tuhan tetap nampak...





sori x dapat tulis memanjang lagi, ada hal jap..sambung nanti plak k
wassalam

No comments: