Thursday, October 9, 2008

C E R I T E M U

Apabila aku melihat kearah kiri dan kananku, tidak ada sesiapa pun disisiku. Lalu aku pun memandang kearah depan dan belakangku, keadaan ini sama juga seperti tadi kerana tidak ada seseorang pun yang ingin mendekati diriku. Langsung dengan itu aku berfikir di sepenjuru masyarakat, Kenapa mereka membuat aku dalam keadaan begini? Apakah silap dan dosaku terhadap mereka? Aku sendiri pun terpinga-pinga mencari jawapannya dalam keseorangan. Maka,adalah seorang anak kecil yang datang kearahku dengan memberikan seyuman manis dan aku pun membalas senyumannya itu. Tapi apa yang berlaku, ibunya datang menarik tangannya dan berkata "Wahai anakku, janganlah engkau mendekati manusia ini kerana ia adalah sampah masyarakat", kata ibunya itu. Setelah mendengar kata-kata itu hatiku hancur berderai kerana diri ini telah dianggap seumpama itu. Mungkin ini semua adalah silap diri aku sendiri, tapi mereka tetap tidak memahami tentang diri dan isi hati aku. Aku juga adalah sebahagian daripada mereka yang dilahirkan ke muka bumi ini, aku tidak pernah mengganggu mereka ataupun meminta sesen pun dari mereka sedangkan aku masih mampu meneruskan perjalanan hidup aku ini. Apa yang aku mahukan hanyalah kasih sayang,kesamarataan, dan bukannya wang,harta dan kekayaan. Aku sendiri melihat bagaimana bangsaku hancur kerana gilakan wang,kuasa dan kemasyhuran. Adakah disebabkan keegoan, mereka jadi begini? Cuba lihat apa yang berlaku hari ini, kuasa yang ada pada mereka bukanlah digunakan untuk kebaikan tetapi ia bagaikan satu perjudian yang mempertaruhkan bangsanya sendiri demi mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit. Aku ini hanyalah seorang anak jalanan yang berkeliaran di tepi-tepi jalan yang akan menyuarakan kata lawan, kata tentang, kata protes dan kata kemanusiaan sejagat. Mungkin kata-kata anak jalanan seperti aku ini tidak akan dipandang atau didengar oleh masyarakat kita yang aku rasakan masih lalai dalam perjudian ini. Mereka sanggup biarkan hidup mereka di perjudikan dengan harapan bahawa ada cahaya yang akan datang memberikan sehulur bantuan kepada mereka yang berharap itu. Malangnya cahaya itu umpama api yang datang membakar harapan mereka yang menggunung tinggi selama ini. Apa yang terjadi hanyalah jutaan nyawa bangsaku yang dikorbankan, tangisan, keperitan, dukacita dan kehancuran. Habis semuanya musnah dalam sekelip mata tanpa datang dengan sebarang petanda. Lihatlah apa yang terjadi dengan tanah-tanah yang terbentang luas itu, semuanya habis digadai dan dijual beli, hutan yang menghijau itu pula dibiarkan diterokai tanpa sebarang kata bantah, dan udara yang bersih itu dibiarkan dengan kepulan-kepulan asap hitam. Apakah tamadun manusia kini sudah kehilangan nilai kasih sayang dalam diri mereka terhadap segala kurniaan yang maha esa ini?.. Ini bukanlah sebuah kehidupan yang kita ingini, tapi ini adalah masa untuk menanti saat kehancuran tamadun kita. Kita masih belum terlambat lagi, hanya perlu sedar dan bangkit bangsaku kerana peluang itu hanya datang sekali sahaja, tapi kenapa masih ada yang tidak tahu untuk menghargai peluang yang ada itu? Kenapa? Takut? Gentar?.
Ahh…pedulikan itu semua, biar tuhan saja yang menentukannya di akhirat nanti. Ini adalah tindakan berani kerana benar oleh kita dalam perjuangan menuntut keadilan sejagat. Bangsa manusia yang lemah seperti kita tidak harus mendiamkan diri lagi, kerana sudah tiba masanya sekali lagi nyawa dikandung badan selagi itulah perjuangan ini belum selesai.Aku yang masih muda ini masih lagi menaruh harapan kepada bangsaku agar kita hidup dalam kesamarataan, meskipun haluan hidup kita adalah berbeza jurangnya. Aku sedar bahawa suatu hari nanti aku pasti akan kembali juga kepadanya, tapi biarlah aku berbakti untuk bangsaku sebelum pemergian aku. Meskipun tidak aku tahu kemanakah arah tujuan aku selepas ini, aku tetap berani menghadapi dunia ini berseorangan.Ingatlah, ini bukanlah sebuah cerita kosong untuk dihayati bersama kerana ini adalah sebuah cerita mengenai kesedaran sebagai seorang insan yang bergelar manusia.

No comments: