Sunday, June 21, 2009

3 tahunku bersamamu navy.....

pejam celik, nampaknya latihan aku di kapal diraja sultan idris 1 akan berakhir tidak lama lagi..banyak kenangan manis dan duka yang telah aku tinggalkan disini..kerana disini lah bermulanya perjalanan hidup aku sebagai seorang anggota tentera. tak sangka kan, aku yang dahulunya amat benci pada tentera, kini telah pun bergelar seorang askar mungkin dah rezeki aku nak jadi mcam ni. syukur kehadrat ilahhi kerana dengan usiaku yang masih muda ini aku telah pun menerima gaji yang bagi ku rasanya tidak setaraf dengan pencapaian akedemik aku.. ramai yang dah aku kenali sejak join navy..mereka semuanya datang dari seluruh malaysia..seperti aku yang datang dan mewakili kepulauan borneo malaysia. mereka yang aku kenali ini banyak ragamnya, dan masing2 mempunyai identiti diri mereka sendiri....seperti aku yang berlatar belakang peminat muzik....dan ada juga rakan2 aku yang menggemari bahan bacaan seperti novel cinta dan itu adalah hak masing2....mereka yang ada dlam gambar ini adalah kawan2 baik aku semasa latihan...


cho, aku, mat lias dan juga kesh.....

ni semuanya geng baik aku dan mereka yang boleh aku percayai...tapi nampaknya kami lepas ni akan berpisah kerana masing2 bakal memikul tugas ya ng berat di perbatasan nanti..insyaAllah klau ada rezeki kita kan berjumpa kelak...
.

sambungg.................................

No comments: