Tuesday, October 7, 2008

Starting My Blog




Aku tak tahulah ada ke entah orang yang nak baca blog aku ini.. well anyway..salam perkenalan kepada semua yang mengunjung blog aku ni.. aku Kelasi muda berasal dari negeri sembilan dan kini menetap di lumut sebagai seorang askar.. aku buat blog bukan sebab nak jadi macam pasangan gay tentera tu. bagi aku dorang tu buat tahi dan memalukan tentera jer.. argh.. aku ni masih agak muda lagi, kalau tua pun aku akan kata yang aku ni masih muda lagi sehingga korang percaya..heheheh...






dulu aku ada wat zine, tapi sekarang aku dah tak aktif lagi sejak masuk askar ni. maklumlah bukan sembarangan nak tulis protes2 kerajaan ni.lebih2 agi aku ni bekerja bawah kerajaan. so kalau ada sesiapa yang nak kongsi pandangan politik korang dengan aku .. maaf aku tak berminat.. aku nak bersih dari benda-benda tu semua.. apa yang orang bagi aku terima jer..takde nak complain2 lagi.. aku akan tulis jer apa yang aku suka dalam blog ini tak kira pengalaman dan cerita-cerita yang aku rasa boleh aku kongsikan bersama.. kalau nak tau tentang kapal selam ke bom ke takpun baju askar jangan nak tanya aku.. itu secret aku tak bleh bagitau rahsia kerajaan..






bila dah masuk askar ni, aku rasa jauh sangat dengan kawan2 aku.. maksud aku kawan masa civillian dulu... ramai yang dah masuk Universiti dan ada juga yang masih menganggur lagi.. masing2 dah lain pemikiran dan x seperti waktu sekolah dulu..kalu dulu ponteng kelas sama2, hisap rokok pun sama2.. tapi sekarang semua buat hal sendiri termasuk aku juga.. kalau berjumpa pun hanya sekadar angkat tangan dari jauh dan bertanya khabar... dah tak seperti dulu lagi..






aku rasa cukup kot setakat ini sahaja permulaan blog aku dan insyAallah lepas ni aku kan poskan lebih lagi cerita yang menarik dari aku...sekian sahaja

No comments: