Wednesday, October 8, 2008

Pizza Hut Hell !!!

Aku baru sahaja tersedar dari bangun tidor.. jam di telefon bimbit aku menunjukkan tepat pada jam 1200 tengah hari.. nampaknya sazzy tidak ada mesej atau missed call aku.. mungkin dia marah dengan aku sebab semalam aku tidak wish good night dekat dia..maklum lah semalam aku main futsal dengan pai j, tajol adn mereka yang lain2 lagi. tu la orang pempuan ni kita kena jaga hati mereka, baru mereka rasa ada orang yang sayang pada mereka.. so aku pun lantas ke bawah memeriksa tudung saji di atas meja. owh hampanya aku bila tidak ada sebarang judah untuk aku santap. perut aku dah bergenderang menandakan yang aku sedang dalam kelaparan..
mak aku da pesan semalam pandai2lah nak sarapan. lagipun aku paham yang dia memang busy sebagai seorang guru.. dan adik aku pula jenis yang tidak sarapan pagi.. Jadi pagi tu memang dorang tak makan apa2..melainkan kalau ada abah kat rumah..
aku dah tak tahan ni, aku chop-chop naik ke atas dan capai tuala terus ke bilik mandi. aku mandi tidak mengambil masa yang agak lama, dalam 15 minit selepas itu aku selai mandi dan bersiap-siap untu keluar mencari makanan..
enjin kereta waja di start, walaupun kereta ni dah agak lama tapi kesejukkan air-condnya..perghh membuatkan aku dalam keadaan yang Nyaman sekali.. roda kereta aku menuju ke Airport,, pada mulanya aku bajet nak makan Mcdonald yang baru di buka kat sana.. Mak aih ramainya orang kat sana, tak jadilah aku nak makan kat sana..aku pun tukar plan nak pergi makan kat pizza hut di uK.. kedai nampak lengang jer seperti tak ramai yang makan.
aku pun masuk lah kedalam dan mencari tempat duduk yang sesuai. Aku teridam nak makan lasagna. so aku stunggulah waiter dtg amik order.. first sekali aku tengok dorang nampak sibuk layan customer yang ader..aku pun tunggulah lagi.. tunggu 10 minit, 20 minit.. lepas tu adalah seorang brader yang baru datang...fuhh sekelip mata jer waiter tu datang amik order dia..dah selesai amik order brader tu.. aku pun dengan penuh harapan tunggulah dia datang untuk giliran aku pula..aku jadi marah dan aku tidak menampakkan kemarah aku itu.. lantas aku hanya tersenyum pada waiter dusun tu.. dan aku blah begitu sahaja dengan perasaan hampa untuk makan lasagna..aduhai apakah malangnya nasib aku ini.. adakah dorang pikir aku ni peminta sedekah atau pun aku yang tidak hensem bagi waiter dusun tu..hahahah..
aku dah takde pilihan lagi, akhirnya kedai deens yang mahal gila babi tu juga yang aku pergi.. makan nasi briyani dengan ayam madu.. habis rm11 aku . mahal pun tak apalah janji aku dapat terus makan daripada menunggu orang amik order...
lepas makan aku terus blah dari kedai tu dan juga uK dan terus memamndu ke sungai bangat...
perut dah kenyang tapi aku tetap tak puas hati dengan cara layanan pizza hut labuan ke atas aku...
tu jer..sekian....

No comments: