Sunday, July 5, 2009

durian, durian.....durian runtuh.....


lepas makan tengah hari tadi aku terus tidur..tu sebab aku cepat membesar ahahhahaha....
adalah jgak dalam 4 jam aku tidur sebab aku sedar dalam jam 4.30 petang..itu pun kerana deruman ekzos kereta convert evo dia...aku terus kol dia dan bertanya kemana hala tujunya...
dia beritahu aku yang dia hendak balik rumah dia kat manjung..aku cakap nak follow n dia ok jer...dalam masa 5 minit aku siap dengan berpakaian smart casual....sampai saja ke kereta si kepala besar beny ada dalam kereta...aku tanya dia line ok ke nak keluar ni..diorang kata ok sebab dah inform kat lt sham....so aku pun diam dan tak banyak bertanya...kereta pun menyusur keluar gate kolej aku...kami terus ke manjung...sewaktu dalam perjalanan kerumah faiz..entah tiba-tiba faiz mengeluarkan idea untuk makan durian petang ni..aku dengan beny ok jer, lagi pun dah lama aku tak makan..last aku makan masa balik weekend yang lepas itu pun sebab mak aku ade...so sebelum nak sampai ke rumah faiz adalah sebuah gerai jual buah durian..dia longgok macam tu je..aku ingat baju bundle je, rupanya durian sekarang pun dah wat style bundle..jual main longgok..so berebut la orang ramai pilih durian....kitorang siap buat QC (quality and control) untuk pemilihan kali ini..hahahaha..aku tak pakar sangat nk pilih durian yang aku tahu makan jer..so kerja2 ni beny yang buat..setelah dipilih hampir setengah jam..kami dikenakan bayaran sebanyak rm 54 untuk 10 biji durian yang berlainan saiz...so setiap seorang kena keluarkan rm10 termasuk juga ery yang baru sampai....lepas je beli durian kitorang terus ke rumah faiz..setibanya disana kami disambut oleh adik bongsu faiz yang ketika tu sedang bermain2 di luar rumahnya...dan seterusnya oleh kedua orang ibu bapa faiz...diorang ni ok..tak kisah dengan orang...segan jugak aku datang rumah orang just nak makan durian je..tapi bila aku tengok beny dengan ery selamba je buat mcam rumah sendiri..aku pun mula rasa agak selesa....kami terus ke dapur untuk buka buah durian td...satu persatu kitorang kopek...fuhhh berselera aku tengok isi durian ni....ni kalau ada pulut memang layan...memang puas la aku makan masa tu sambil bersembang2 dengan ibu bapa faiz tentang kehebatan raja segala buah ni....lepas habis makan dan siap kemas semua kitorang lepak kat luar sambil merokok..layan cerita bapa faiz masa dia dalam service navy dulu...adalah la jugak dalam 15 minit kitorang bersembang...lepas jer dari tu faiz ajak kitorang berangkat pulang sebab dia dengan aku nak pergi gunting rambut kat kedai belakang billion....so aku dengan yang lain pun balik lah dan berterima kasih kepada ibu bapa faiz yang sudi menerima kedatangan kami....
lepas ni balik labuan memang susah lah aku nak makan durian.....

No comments: