Sunday, October 26, 2008

melayukuku!!!

sori la lama aku x post item.. actually sejak kebelakangan ini aku amat sibuk sangat dengan hal2 yang sememangnya aku tak berapa minat.. aku baru sahaja habis regatta..tapi aku tak turun laut.. aku jadi PR atau public relation.. tugas aku senang saja, just amik gambar sana sini dan buat video montaj untuk majlis penutupan. agak penat dan boring juga aku melakukan tugas ini.. lebih-lebih lagi berdepan dengan panas terik..memang hitam aku jadinya..tapi tak mengapalah at least aku dapat jimatkan duit aku daripada keluar pangkalan menghabiskan duit.. sepanjang acara tersebut tidak ada apa-apa yang menarik cuma aku dapat memerhatikan gelagat orang2 melayu ni terutama sekali kengkawan aku... aku pun tak tahulah kenapa aku tidak sefahaman dengan mereka ini, mungkin aku tidak bergaul lebih rapat lagi dengan diorang.. ye lah aku bukan lah jenis seorang yang gilakan pangkat, nama, ataupun sebagainya.. aku lebih suka melakukan sesuatu perkara yang aku suka dan rasa logik di kepala aku..etika menjadi seorang pegawai itu adalah bohong semuanya.. tak semestinya orang akan pandang tinggi pada pegawai tentera.misalnya orang awam, mereka tentu pikir yang tentera ini tak ada kerja sebab negara kita belum lagi nak berperang..dan buktinya diri aku sendiri, aku masih berpeluang lagi untuk tidur di dalam kelas..tapi agak selalu jugak lah hehehehe... so aku ni boleh lag la di kategorikan sengap jugak sebab sampai sekarang aku masih lagi tidak nampak masa depan yang cerah..perkara2 yang aku lakukan kat sini semuanya bukan minat aku dan terpaksa melakukannya..ikut hati nak saja aku buat kes sampai dibuang navy.. tapi mama dan abah masih lagi ada , aku sebagai anak taknak lah hampakan harapan diorang....to be continue

Thursday, October 16, 2008

buddy bilik aku yang sial

huh aku baru jer bergaduh dengan buddy bilik aku.. memang dah lama aku tunggu saat ini.. dia ni jenis yang mulut kepoh dan aku pula adalah seorang yang pendiam... nak di pendekkan cerita.. pada sembahyang jumaat tadi kat surau.. dia bertengkar dengan kawan aku. Sebagai buddy aku tak bantu dia, aku menjadi batu api lagipun aku memang tak suka sangat dengan dia.. dah lama dah aku pendam dan simpan. first dia perli2 aku dengar lagu metal kata aku sembah setan la, 2nd thing dia bila nak sesuatu dia akan offer aku sebatang rokok.. lagipun aku x suka orang pakai barang2 aku sebab asyik hilang jer..dan macam2 lagi la.., so masa kat surau tu jugak, dia pun mengaku kat aku yang dia memang tak puas dengan aku..dia blah awal sebab ada seorang brader amik dia kat surau..aku plak tunggu bas datang amik.. sampai saja kat bilik, bilik kosong dia tak ada kat bilik dan aku dapat dengar suara dia dari bilik syafiq.. aku pun wat x kisah jer.. hampir 15 minit kemudian, johar pun balik bilik dengan bertuala. Belum sempat aku nak melelapkan mata dia pun ungkit kembali kisah kat surau. aku pun wat tak tau je la dan aku hanya tunggu dia aim aku. dia pun tolak belakang aku dan aku terkejut.. dengan perasaan marah dan geram aku hayun penumbuk aku kat muka dia dan tepat2 kena. dia pun membalas dan nasib baik aku dapat mengunci dia di atas katil.. sebelum itu, aku sempat menendang dadanya dan nampak kesan merah kat badan dia.. aku rasa x sampai seminit aku dengan dia bergaduh dan kami dileraikan dengan kehadeiran sahabat dari bilik2 yang berdekatan. nasib baik kau johar kalau tak mampus da aku kerjakan ko.. aku tidak melawan lagi setelah di leraikan dan dia nampaknya masih lagi ingin melawan lagi.. setelah itu dia telah dibawa ke bilik kawan karib dia syafiq dan que. aku tahu johar akan reka cerita yang bukan2 tentang aku kat dia, tu aku tak kisah lah lagipun aku ni bukannya kamcak sangat dengan dorang menyampah tu adalah..aku selamat dan tidak ada sebarang kesakitan atau kecederaan yang aku alami.. tapi johar aku rasa ada kot dan memang padan dia terima..tu jer la untuk hari ini..

Wednesday, October 15, 2008

i love labuan and we love labuan

I`ve got B for my UC!!!!

heheheh dah lama aku tunggu saat ini.. akhirnya pada petang tadi aku telah mengubah sesuatu di dalam hidup aku.. aku berjaya mendapat gred B didalam uji cergas.. sememangnya ia adalah satu cabaran yang sukar bagiku untuk mencapai ketahap ini. Berikut adalah keputusan UC yang aku perolehi pada petang tadi;



mendagu = 0
bangkit tubi = 51
lari 4x 10 m = 10.10s
Lompat = 245
lari 2.4km = 8.53m



namun aku masih belum berpuas hati lagi kerana aku masih lagi failed dalam acara mendagu.. aku tidak dapat melakukannya lagi. tapi walauapapun aku telah berjaya melepasi tahap gred C dan aku juga berada dalam keadaan selamat daripada tindakan KFA warning untuk kali yang kedua.

Tuesday, October 14, 2008

Jom belajar bahasa kelasi...

aku kat sini tak tahu banyak sangat tentang istilah-istilah yang navy pakai dalam life dorang.. setiap benda yang dilakukan tu ada perkataannya seperti makan , tidur ker, dan bermacam-macam lagi.. at least korang semua tahu lah sedikit apa benda yang aku buat selama ini...

B M I aku lebih... aktiviti harian macam biasa


shit!! agak kasar permulaan aku untuk hari ini.. aku baru sahaja di maklumkan oleh PTI ( physical training instructor) bahawa pada petang ini ada pra ujian cergas..aku amat resah sekali sekiranya aku sekali lagi mendapat huruf C untuk ujian kali ini.. oH kenapa diorang tak bagitahu aku awal2 sebelum masa cuti hari itu..kalau tak boleh la aku control permakanan semasa raya tempoh hari.. kini lemang,ketupat dan segalanya berada di dalam perut aku..dan berat bagi kesemua makanan itu menampung tubuh badan aku sekarang.. tidak heran lah kawan2 aku kat sini kerana kata aku semakin gemuk.. memang benar berat badan aku dah semakin naik dan buktinya seluar uniform aku semakin ketat di bahagian peha.. dan menbuatkan aku kurang selesa ketika menggayakannya... aku dah la kena dengan KFA warning, tak pernah dalam sejarah navy aku kena tindakan begitu daripada ketua fakulti asas aku..tapi sekurangnya aku tidak kena daripada CO dan masuk dalam rekod.. kalau tak gelap masa depan aku angkara UC..





ok untuk hari ini tidak ada apa yang menarik berlaku dalam kehidupan aku, cuma sazzy sakit tekak saja. dia tu degil aku dah berkali-kali suruh makan ubat tapi tak nak jugak.. nasib baiklah aku ada kat sini dan dia kat sana, nak aja aku paksa dia makan ubat depan aku.. untuk aku pulak, aku sihat seperti biasa cuma aku risau dengan uC petang nanti..kawan aku pulak yang lain tengah sibuk buat lesen bawa segala benda yang boleh terapung, group aku yang akan datang plak..so kitorang just berkeliaran di sekitar base sambil makan angin ataupun curi-curi keluar ke kedai runcit dekat blok A3.





so far sejak balik dari cuti raya, tidak ada masalah lagi setakat ini.. aku dah dapat meng TUNE kan semula kehidupan aku. daripada bangun jam 12 tengah hari ke pada jam 6 pagi meskipun aku tidur pada awal 2 atau 3 pagi... tidak ada sebarang kecurian yang berlaku keatas bilik aku cuma "hanger" baju aku semakin berkurangan..tapi aku x kisah sangat..tu la akibatnya kalau kita curi barang orang, orang akan curi semula barang kita.. pengajarannya janganlah nak mencuri lagi..orang x nampak tidak apa tapi tuhan tetap nampak...





sori x dapat tulis memanjang lagi, ada hal jap..sambung nanti plak k
wassalam

Sunday, October 12, 2008

Monday BlueS

huh sekarang dah tepat jam 12.38 am.. hari ini adalah hari permulaan yang baru bagi aku setelah kembali ke kolej daripada cuti hari raya tempoh hari.. sesungguhnya hati aku masih lagi dekat pada keluarga dan juga rakan-rakan aku kat sana. tapi dah sememangnya setiap pertemuan itu ada perpisahannya..inilah yang aku alami sekarang.. aku terpaksa berpisah dari mereka demi masa depan aku yang telah ditetapkan dan di atur dengan rapi..
untuk pengetahuan aku baru sahaja selesai mengemaskinikan pakaian-pakaian aku yang ku bawa dari labuan ke dalam almari pakaian.... aku sering bersin kerana bilik aku telah di penuhi dengan habuk.aku dah malas untuk berkemas dengan lebih lanjut kerana badan aku teramat letih sekali dan seharusnya di beri rawatan urut seperti yang aku lakukan semasa cuti yang lalu..tapi apa bleh buat aku dah berada di kawasan taklukan tentera laut dan aku tidak lagi boleh mengunjungi tempat sebegitu lagi kerana semestinya akan mendatangkan padah kepada aku kelak..rupanya banyak jugak sampah sarap yang aku tinggalkan sewaktu pemergian aku dahulu..arghh ini x boleh jadi aku kena kemaskan bilik aku jugak dan tidak boleh di tangguh2kan lagi..hampir dua jam aku berkemas sehingga bilik aku mencapai tahap ataupun standard hotel bertaraf 5 bintang takpun yang paling "cokia" macam bilik hotel indah..hehehe
aku masih lagi tak mengantuk sedangkan member bilik aku dah pun terlelap keletihan..kesian dia tidur berdengkur macam katak..hahahahaa.. lagi pun esok pagi kelas revision jer untuk exam paper nav war yang akan tiba tidak lama lagi..mungkin aku boleh mengambil kesempatan untuk tidur kat kelas esok pagi..instructor pun bukan amik kisah sangat janji dorang masuk kelas tapi kesemua seperti itu..nanti jawabnya aku belaja bodoh je la kat kolej ni...aku adalah diantara manusia yang agak slow untuk menerima sesuatu pelajaran baru..so aku tidak boleh berdiam saja. nak taknak aku kena study jgak dan xnak jatuhkan airmata keluarga aku yang begitu mengharapkan sangat kat aku ini..
habis saja kelas nanti, aktiviti petang plak.. aku diwajibkan untuk keluar beriadah sebab itu adalah rutin harian aku di kolej ini..dan malam plak aku kena bersilat.. aduh malasnya aku nak silat2 ni..bukan nya pun aku dapat hidayat..dah banyak kali mandi limau pun x guna sebab perangai aku masih lagi durjana...heheheh
dan habis lepas tu aku pun tidolah untuk tunggu hari selasa plak...hehehehe oklah member aku datang masuk bilik menganggu feel aku nak menaip jer.. ok lah askum

Thursday, October 9, 2008

C E R I T E M U

Apabila aku melihat kearah kiri dan kananku, tidak ada sesiapa pun disisiku. Lalu aku pun memandang kearah depan dan belakangku, keadaan ini sama juga seperti tadi kerana tidak ada seseorang pun yang ingin mendekati diriku. Langsung dengan itu aku berfikir di sepenjuru masyarakat, Kenapa mereka membuat aku dalam keadaan begini? Apakah silap dan dosaku terhadap mereka? Aku sendiri pun terpinga-pinga mencari jawapannya dalam keseorangan. Maka,adalah seorang anak kecil yang datang kearahku dengan memberikan seyuman manis dan aku pun membalas senyumannya itu. Tapi apa yang berlaku, ibunya datang menarik tangannya dan berkata "Wahai anakku, janganlah engkau mendekati manusia ini kerana ia adalah sampah masyarakat", kata ibunya itu. Setelah mendengar kata-kata itu hatiku hancur berderai kerana diri ini telah dianggap seumpama itu. Mungkin ini semua adalah silap diri aku sendiri, tapi mereka tetap tidak memahami tentang diri dan isi hati aku. Aku juga adalah sebahagian daripada mereka yang dilahirkan ke muka bumi ini, aku tidak pernah mengganggu mereka ataupun meminta sesen pun dari mereka sedangkan aku masih mampu meneruskan perjalanan hidup aku ini. Apa yang aku mahukan hanyalah kasih sayang,kesamarataan, dan bukannya wang,harta dan kekayaan. Aku sendiri melihat bagaimana bangsaku hancur kerana gilakan wang,kuasa dan kemasyhuran. Adakah disebabkan keegoan, mereka jadi begini? Cuba lihat apa yang berlaku hari ini, kuasa yang ada pada mereka bukanlah digunakan untuk kebaikan tetapi ia bagaikan satu perjudian yang mempertaruhkan bangsanya sendiri demi mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit. Aku ini hanyalah seorang anak jalanan yang berkeliaran di tepi-tepi jalan yang akan menyuarakan kata lawan, kata tentang, kata protes dan kata kemanusiaan sejagat. Mungkin kata-kata anak jalanan seperti aku ini tidak akan dipandang atau didengar oleh masyarakat kita yang aku rasakan masih lalai dalam perjudian ini. Mereka sanggup biarkan hidup mereka di perjudikan dengan harapan bahawa ada cahaya yang akan datang memberikan sehulur bantuan kepada mereka yang berharap itu. Malangnya cahaya itu umpama api yang datang membakar harapan mereka yang menggunung tinggi selama ini. Apa yang terjadi hanyalah jutaan nyawa bangsaku yang dikorbankan, tangisan, keperitan, dukacita dan kehancuran. Habis semuanya musnah dalam sekelip mata tanpa datang dengan sebarang petanda. Lihatlah apa yang terjadi dengan tanah-tanah yang terbentang luas itu, semuanya habis digadai dan dijual beli, hutan yang menghijau itu pula dibiarkan diterokai tanpa sebarang kata bantah, dan udara yang bersih itu dibiarkan dengan kepulan-kepulan asap hitam. Apakah tamadun manusia kini sudah kehilangan nilai kasih sayang dalam diri mereka terhadap segala kurniaan yang maha esa ini?.. Ini bukanlah sebuah kehidupan yang kita ingini, tapi ini adalah masa untuk menanti saat kehancuran tamadun kita. Kita masih belum terlambat lagi, hanya perlu sedar dan bangkit bangsaku kerana peluang itu hanya datang sekali sahaja, tapi kenapa masih ada yang tidak tahu untuk menghargai peluang yang ada itu? Kenapa? Takut? Gentar?.
Ahh…pedulikan itu semua, biar tuhan saja yang menentukannya di akhirat nanti. Ini adalah tindakan berani kerana benar oleh kita dalam perjuangan menuntut keadilan sejagat. Bangsa manusia yang lemah seperti kita tidak harus mendiamkan diri lagi, kerana sudah tiba masanya sekali lagi nyawa dikandung badan selagi itulah perjuangan ini belum selesai.Aku yang masih muda ini masih lagi menaruh harapan kepada bangsaku agar kita hidup dalam kesamarataan, meskipun haluan hidup kita adalah berbeza jurangnya. Aku sedar bahawa suatu hari nanti aku pasti akan kembali juga kepadanya, tapi biarlah aku berbakti untuk bangsaku sebelum pemergian aku. Meskipun tidak aku tahu kemanakah arah tujuan aku selepas ini, aku tetap berani menghadapi dunia ini berseorangan.Ingatlah, ini bukanlah sebuah cerita kosong untuk dihayati bersama kerana ini adalah sebuah cerita mengenai kesedaran sebagai seorang insan yang bergelar manusia.

SWEDEN's AMON AMARTH DEBUTS AT #48 ON BILLBOARD CHART WITH NEW ALBUM 'TWILIGHT OF THE THUNDER GOD'

Swedish metal powerhouse AMON AMARTH’s brand new album, Twilight of the Thunder God, debuts at #48 on the Billboard Top 200 chart today, shifting over 11,000 units in its first week of release.

Released in North America on September 30 via Metal Blade Records, Twilight of the Thunder God is AMON AMARTH's seventh full-length album, and is the highest charting record in the band’s sales history. Twilight of the Thunder God’s first week sales are roughly three times the opening tally of its predecessor, "With Oden on Our Side", which premiered with 3,400 units sold back in October, 2006. Twilight of the Thunder God also debuted at #5 on the Billboard Independent Albums Chart, #6 on the Billboard Hard Albums Chart, #12 on the Billboard Tastemakers Chart and at # 16 on the Billboard Rock Albums Chart.


Additionally, AMON AMARTH vaults to the #1 position at college radio this week. Propelled by the single and video for the album’s title track, Twilight of the Thunder God sits atop the CMJ Loud Rock chart, besting new albums by Metallica, All That Remains, Trivium and Slipknot amongst others. The band also graces the cover of Decibel Magazine’s November, 2008 issue, which hits newsstands on October 9. A sneak peek at the striking cover – featuring AMON AMARTH vocalist Johan Hegg – can be viewed now at this location.


AMON AMARTH is currently in the midst of a fall, 2008 North American headlining tour and will play The Starlite Room in Edmonton, AB this evening. The scheduled 3 week trek will run through October 21 and includes a NYC live date at The Fillmore at Irving Plaza on October 20. Following the completion of the North American headlining tour, AMON AMARTH will embark on a month-long European tour as hand-picked support for thrash metal titans Slayer and the band’s “Unholy Alliance Chapter III” tour. Also appearing on the tour will be Mastodon and Trivium. A full listing of AMON AMARTH tour dates can be found on the band’s MySpace page & website: www.myspace.com/amonamarth & www.amonamarth.com

Wednesday, October 8, 2008

U n t u k L e l a k i I n i A d a l a h F a k t a

- 78% wanita Asia tidak merasa puas tiap kali bersama pasangan. Namun perasaan tersebut diketepikan demi menjaga hati pasangan.

- 35% kes cerai di Semenanjung Malaysia adalah kerana suami cepat inzal (pancut), lemahnya daya seks dalam memuaskan naluri seks isteri.

- Wanita mempunyai 9 nafsu berbanding lelaki yang hanya ada 1.

- Kegagalan mencapai orgasme lengkap boleh menyebabkan wanita mengalami ganguan organ seperti sakit buah pinggang, perut, usus dan saraf.

Oleh yang demikian, jika ANDA berdepan dengan masalah cepat klimaks (pancutan mani awal) adalah sangat mustahak bagi ANDA untuk mencari pendekatan yang sesuai dan serasi untuk diamalkan supaya keyakinan diri dapat dipulihkan kembali dan keharmonian rumahtangga berpanjangan.

Mati 8 Jam Sehari

BADAN KAKU MATI RASA

TANDA-TANDA JADI ZOMBI! LELAH UNTUK BERCINTA

MUNGKIN SUDAH JADI ZOMBI! TATAP KOSONG TAK BERNYAWA

PASTI SUDAH JADI ZOMBI! RASA PUN TELAH TIADA

MATI 8 JAM SEHARI

BUTUH MEDIA MASTURBASI

TERLALU LELAH UNTUK HIDUP!!! TERLALU LELAH

MEMBUKA MATA! TERLALU LELAH

PASANG TELINGA! TERLALU LELAH

ANGKAT BICARA! TERLALU LELAH

UNTUK MERASA!!!

Pizza Hut Hell !!!

Aku baru sahaja tersedar dari bangun tidor.. jam di telefon bimbit aku menunjukkan tepat pada jam 1200 tengah hari.. nampaknya sazzy tidak ada mesej atau missed call aku.. mungkin dia marah dengan aku sebab semalam aku tidak wish good night dekat dia..maklum lah semalam aku main futsal dengan pai j, tajol adn mereka yang lain2 lagi. tu la orang pempuan ni kita kena jaga hati mereka, baru mereka rasa ada orang yang sayang pada mereka.. so aku pun lantas ke bawah memeriksa tudung saji di atas meja. owh hampanya aku bila tidak ada sebarang judah untuk aku santap. perut aku dah bergenderang menandakan yang aku sedang dalam kelaparan..
mak aku da pesan semalam pandai2lah nak sarapan. lagipun aku paham yang dia memang busy sebagai seorang guru.. dan adik aku pula jenis yang tidak sarapan pagi.. Jadi pagi tu memang dorang tak makan apa2..melainkan kalau ada abah kat rumah..
aku dah tak tahan ni, aku chop-chop naik ke atas dan capai tuala terus ke bilik mandi. aku mandi tidak mengambil masa yang agak lama, dalam 15 minit selepas itu aku selai mandi dan bersiap-siap untu keluar mencari makanan..
enjin kereta waja di start, walaupun kereta ni dah agak lama tapi kesejukkan air-condnya..perghh membuatkan aku dalam keadaan yang Nyaman sekali.. roda kereta aku menuju ke Airport,, pada mulanya aku bajet nak makan Mcdonald yang baru di buka kat sana.. Mak aih ramainya orang kat sana, tak jadilah aku nak makan kat sana..aku pun tukar plan nak pergi makan kat pizza hut di uK.. kedai nampak lengang jer seperti tak ramai yang makan.
aku pun masuk lah kedalam dan mencari tempat duduk yang sesuai. Aku teridam nak makan lasagna. so aku stunggulah waiter dtg amik order.. first sekali aku tengok dorang nampak sibuk layan customer yang ader..aku pun tunggulah lagi.. tunggu 10 minit, 20 minit.. lepas tu adalah seorang brader yang baru datang...fuhh sekelip mata jer waiter tu datang amik order dia..dah selesai amik order brader tu.. aku pun dengan penuh harapan tunggulah dia datang untuk giliran aku pula..aku jadi marah dan aku tidak menampakkan kemarah aku itu.. lantas aku hanya tersenyum pada waiter dusun tu.. dan aku blah begitu sahaja dengan perasaan hampa untuk makan lasagna..aduhai apakah malangnya nasib aku ini.. adakah dorang pikir aku ni peminta sedekah atau pun aku yang tidak hensem bagi waiter dusun tu..hahahah..
aku dah takde pilihan lagi, akhirnya kedai deens yang mahal gila babi tu juga yang aku pergi.. makan nasi briyani dengan ayam madu.. habis rm11 aku . mahal pun tak apalah janji aku dapat terus makan daripada menunggu orang amik order...
lepas makan aku terus blah dari kedai tu dan juga uK dan terus memamndu ke sungai bangat...
perut dah kenyang tapi aku tetap tak puas hati dengan cara layanan pizza hut labuan ke atas aku...
tu jer..sekian....

Tuesday, October 7, 2008

Starting My Blog




Aku tak tahulah ada ke entah orang yang nak baca blog aku ini.. well anyway..salam perkenalan kepada semua yang mengunjung blog aku ni.. aku Kelasi muda berasal dari negeri sembilan dan kini menetap di lumut sebagai seorang askar.. aku buat blog bukan sebab nak jadi macam pasangan gay tentera tu. bagi aku dorang tu buat tahi dan memalukan tentera jer.. argh.. aku ni masih agak muda lagi, kalau tua pun aku akan kata yang aku ni masih muda lagi sehingga korang percaya..heheheh...






dulu aku ada wat zine, tapi sekarang aku dah tak aktif lagi sejak masuk askar ni. maklumlah bukan sembarangan nak tulis protes2 kerajaan ni.lebih2 agi aku ni bekerja bawah kerajaan. so kalau ada sesiapa yang nak kongsi pandangan politik korang dengan aku .. maaf aku tak berminat.. aku nak bersih dari benda-benda tu semua.. apa yang orang bagi aku terima jer..takde nak complain2 lagi.. aku akan tulis jer apa yang aku suka dalam blog ini tak kira pengalaman dan cerita-cerita yang aku rasa boleh aku kongsikan bersama.. kalau nak tau tentang kapal selam ke bom ke takpun baju askar jangan nak tanya aku.. itu secret aku tak bleh bagitau rahsia kerajaan..






bila dah masuk askar ni, aku rasa jauh sangat dengan kawan2 aku.. maksud aku kawan masa civillian dulu... ramai yang dah masuk Universiti dan ada juga yang masih menganggur lagi.. masing2 dah lain pemikiran dan x seperti waktu sekolah dulu..kalu dulu ponteng kelas sama2, hisap rokok pun sama2.. tapi sekarang semua buat hal sendiri termasuk aku juga.. kalau berjumpa pun hanya sekadar angkat tangan dari jauh dan bertanya khabar... dah tak seperti dulu lagi..






aku rasa cukup kot setakat ini sahaja permulaan blog aku dan insyAallah lepas ni aku kan poskan lebih lagi cerita yang menarik dari aku...sekian sahaja